Soalan Lazim
Muat Turun Dokumen Soalan Lazim
Jika pemohon dalam tempoh Semester Pertama, pemohon adalah layak untuk memohon bantuan SBP dan IMAJ bagi tahun ini. Manakala, jika pemohon bukan dalam tempoh semester pertama, pemohon hanya layak memohon bantuan IMAJ sahaja.
Bagi tahun 2025, pihak YPJ telah mengubah proses penyaluran bantuan kepada kaedah yang lebih praktikal dan memudahkan pemohon. Penyaluran bantuan
akan disalurkan ke dalam akaun TNG eWallet pemohon. Tiada lagi penyaluran ke akaun Bank Muamalat (bagi pemohon SBP) atau akaun bank individu (bagi
pemohon IMAJ)
Kelulusan permohonan bagi bantuan ini akan dimaklumkan selepas 14 hari dari tarikh permohonan ditutup. Pemohon boleh menyemak di sistem permohonan atau email makluman yang akan diberikan oleh pihak YPJ.
Pihak YPJ akan memproses bayaran dalam tempoh 14 hari daripada permohonan yang telah diluluskan. Tempoh bayaran ini adalah sama bagi penyaluran bayaran SBP dan IMAJ bagi tahun 2025
Bagi permohonan SBP dan IMAJ tahun 2025, pemohon adalah layak untuk mendapatkan Kad Siswa Johor. Permohonan Kad Siswa Johor akan dibuka
selepas sahaja bayaran bantuan telah dikreditkan ke dalam akaun eWallet pemohon.
Untuk permohonan Kad Siswa Johor pada tahun 2025, proses permohonan sedikit berbeza dimana pemohon tidak perlu untuk hadir ke bank. Pemohon hanya perlu memohon melalui Aplikasi TNG eWallet. Pemohon boleh melihat pautan cara permohonan Kad Siswa Johor di sistem permohonan tersebut.
Selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun eWallet, pemohon diberi tempoh selama 7 hari untuk memohon Kad Siswa Johor. Proses pengumpulan,
percetakan dan penghantaran kembali kad kepada pemohon mengambil masa tidak lebih 60 hari daripada tarikh permohonan dibuat.
Ya. Pemohon akan dikenakan bayaran sebanyak RM15 bagi permohonan Kad Siswa Johor. Bayaran ini akan ditolak daripada baki eWallet TNG pemohon. Selepas menerima senarai permohonan kad daripada pihak TNG, pihak YPJ akan menyalurkan kembali RM15 kepada pemohon dalam tempoh 30 hari selepas permohonan Kad Siswa Johor ditutup.
Jika pemohon tidak memohon SBP atau IMAJ, pemohon adalah tidak layak untukmendapatkan kad tersebut. Permohonan Kad Siswa Johor adalah hanya kepada penerima Bantuan Pendidikan di bawah YPJ sahaja.
Untuk makluman, setiap permohonan kad perlu dilakukan oleh pemohon sendiri dan tidak boleh melalui pihak ketiga (YPJ). Perkara ini adalah terikat dengan peraturan yang dikenakan oleh pihak TNG dan juga mana-mana bank dalam Malaysia. Pemohon tidak perlu risau kerana bayaran balik sebanyak RM15 akan dikreditkan kembali ke dalam akaun pemohon dalam tempoh 30 hari selepas tarikh permohonan kad ditutup
Satu (1) Kad Siswa Johor untuk satu (1) orang pemohon/mahasiswa/pelajar sahaja. Jika pemohon layak untuk memohon SBP dan IMAJ, pemohon masih akan menerima 1 kad sahaja di bawah nama pemohon.
Jika pemohon masih dalam tempoh pengajian sepenuh masa dan berstatus Mahasiswa Anak Johor, pemohon adalah layak untuk memohon bantuan tersebut.
Pemohon tidak layak untuk memohon Kad Siswa Johor kerana pemohon telah memiliki Kad Siswa Johor pada tahun 2024. Satu (1) Kad Siswa Johor untuk seorang pemohon sahaja dibenarkan. Walaubagaimanapun, pemohon adalah layak untuk memohon dan mendapatkan IMAJ bagi tahun 2025. Bayaran tersebut akan disalurkan ke dalam akaun eWallet pemohon dan bukan akaun Bank Muamalat yang lepas.
Pemohon adalah layak untuk memohon IMAJ. Latihan Industri / Praktikal adalah masih dalam tempoh pengajian yang ditetapkan oleh pihak universiti. Pemohon masih berstatus Mahasiswa selagi Majlis Graduasi atau Konvokesyen belum dijalankan.
Pihak YPJ berhak untuk menolak setiap permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan. Pemohon WAJIB mengisi maklumat yang tepat untuk permohonan SBP/IMAJ.
Jika terdapat kesilapan dalam permohonan SBP/IMAJ dan memerlukan pengemaskinian maklumat dan data, pihak pemohon boleh menghubungi
Bahagian Pinjaman dan Pembangunan Insan YPJ di talian 07-2344355 untuk semakan dan kemaskini.